Friday, December 11, 2015

TT RASMI WAJA CLUB SABAH


13.12.2015 (ahad )

4.00pm - 5.00pm ( Harbour City, Sembulan )
** Photoshoot Jentera & ahli kelab untuk dimasukkan ke dalam blog

5.00pm - 6.00pm ( Tg. Aru Beach )
** Konvoi bersama-sama ke Pantai Tg. Aru (Beach 2) 
** Santai-santai tengok sunset
** Acara makan-makan


Untuk TT kali ini, kta akan buat pada waktu petang, so , jom meriahkan TT kali ni..Kepada sesiapa yg ingin menyertai Waja Club kami, sila hadirkan diri ke lokasi TT tersebut. Kehadiran anda amat kami alu-alukan. ....Untuk keterangan lanjut mengenai kelab n aktiviti-aktiviti kelab kami, bolehlah melayari blog kami ni yeee ... See you there....!!






 photo b434598b-4bc6-451a-98c6-860c19407fba_zpsuwzirxhs.jpg






Monday, October 19, 2015

TT RASMI WAJA CLUB SABAH - 24 OKTOBER 2015

Kepada semua ahli Waja Club Sabah, diminta untuk menghadirkan diri ke TT Rasmi WCS pada ketetapan berikut.
Agenda :-
1. Perbincangan mengenai Konvoi ke Lawas & Sandakan.


Bagi yg ingin menyertai Waja Club Sabah, jgn malu n segan, kehadiran anda amatlah kami alu-alukan..

----> Jumpa di sanaaaaaa...

Monday, October 12, 2015

TT RASMI WAJA CLUB SABAH - 10 OKTOBER 2015

Thank u so much kpd ahli Waja Club Sabah yang telah menghadirkan diri pd TT yg lepas ..n for those yg sambut bufday from July to Oct, happy birthday from us ,Waja Club Familia... See u all for d next TT .. Next event coming up.... KONVOI TO LAWAS , 31 OKT - 01 NOV 2015.. Siap sedia jentera masing2,.. utk event kali ni, Waja Club Sabah akn brgabung dengan ahli Waja Club Sarawak.. Hopefully, penyertaan kali ini akan melebihi event2 yg lepas.... Jom gegarkan bandar Lawas....Sebarang pertanyaan atau kemusykilan , bolehlah menghubungi Setiausaha Waja Club Sabah , Cik Jacinta ( 010-9419567) or Cik Peri ( 014-7342886 ) atau layari laman facebook kami www.facebook.com/wajaclubsabah... tq..






Antara ahli-ahli yang hadir pd malam TT ..



dari kiri : Saiful ( Timb. Ketua Komuniti ) &
 Max ( Ketua Komuniti )

Acara penyerahan sijil Hari Muhibbah







tadaaaaa......!! 
semattt kan kek WC....

Antara ahli-ahli yang sambut bufday.. malu-malu lg kunun...hehehe

Potong jangan x potong...........

Dengar baik-baik apa sy ckp ni ....hehehe
Senyuman tu bha pling mananggggg....hehe

Isi perut dlu sblum taklimat rasmi..
Jangan cakap kami x buat kerja yee....hehe





 sesi perkenalan dengan Ahli-ahli baru Waja Club Sabah

Khusyuk bha semuanyaaaa... take note everyone............
Jentera - jentera WC Sabah
 





Sunday, October 4, 2015

PENGUMUMAN NEXT TT RASMI WAJA CLUB SABAH - 10 OKTOBER 2015


Agenda-agenda yang akan dibentangkan :-
  • Sambutan Harijadi untuk ahli-ahli Waja Club yang lahir pd bulan 8, 9 dan 10
  • Perbincangan mengenai yuran bulanan 
  • Perbincangan mengenai konvoi ke Lawas & Sandakan
  • Penyerahan hamper kepada member2 yg bru dapat baby
  • Penyerahan sijil penghargaan kepada setiap ahli yang menyertai event Hari Muhibbah pada 20.09.15 yang lalu
Jom ramai-ramai meriahkan TT pada kali ini.. Kehadiran anda amatlah kami hargai.. Bagi yang ingin menyertai Waja Club Sabah, jgn malu, jgn segan ... Jom hadirkan diri anda.... Pintu kami akan sentiasa terbuka untuk anda ..... Jumpa disanaaaaaa.......

Untuk keterangan lanjut , sila layari laman facebook kami www.facebook.com/wajaclubsabah


Tuesday, September 22, 2015

20 SEPTEMBER 2015 - HIMPUNAN KENDERAAN KIBAR JALUR GEMILANG DAN HIMPUNAN TERBESAR KELAB PERMOTORAN

Pada 20 September 2015 yang lepas, seramai 26 ahli waja club sabah telah menyertai program Himpunan Kenderaan Kibar Jalur Gemilang dan Himpunan Terbesar Kelab Permotoran yang diadakan di Padang Kawad UMS, Kota Kinabalu, Sabah.

Program ini adalah anjuran bersama Skuad Muda 1JPJ Sabah dan juga Muhibbah Dua. Program ini diadakan adalah bagi memecahkan rekod MBOR iaitu menghimpunkan seberapa banyak kelab permotoran daripada seluruh pelusuk negeri Sabah.

Melalui program ini juga, setiap kelab permotoran yang ada di Sabah dapat memperkenalkan kelab masing-masing di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara satu sama lain .

Semoga Waja Club Sabah akan terus aktif dan berkembang supaya Waja Club Sabah akan lebih dikenali di seluruh Malaysia.

Setiap ahli sibuk menghias kereta masing-masing




Santai - santai sementara menunggu acara rasmi bermula




Acara makan - makan.... hehehe... 



3 Hero Malaya Waja Club Sabah 

Biarpun cuaca amat panas, kami tetap setia disini .... Waja Club Terbaikkkk !!!!!


Barisan hadapan jentera-jentera Waja Club yang menyertai Himpunan Terbesar
Malaysia Book Of Record.


Monday, September 14, 2015

13 SEPTEMBER 2015 - HIMPUNAN BELIA PERMOTORAN


Jentera WC yang mengambil bahagian dalam program Himpunan Belia Permotoran




Dari kiri : Jacinta, Jack, Nasdin  & Zaid






Jentera Ketua Waja Club Sabah bergandingan bersama jentera
Ketua Kelab permotoran yang lain.




Ahli- Ahli Waja Club Sabah yang hadir ke program tersebut




Sesi 'make up' kereta dengan tema Jalur Gemilang
Dashboard | +Follow