Waja Club Komuniti Sabah ditubuhkan bagi menyatukan pemilik-pemilik proton waja seluruh borneo utk bersama dalam memajukan sukan permotoran Sabah dan mengeratkan silaturrahim antara pemilik proton waja.
Tujuan utama penubuhan WajaClub ialah untuk menghimpun seberapa ramai pemilik kenderaan jenama proton waja untuk bernaung di bawah satu pertubuhan yang sah berdaftar. Dengan itu ahli-ahli dapat bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang industri permotoran negara.
Sehingga kini, ahli-ahli Waja Club merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka, N.Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan P.Pinang. Dari permulaan bilangan ahli tidak sampai 50 orang, statistik terkini menunjukkan bilangan ahli Waja Club hampir mencecah 200 orang. Waja Club telah berhasil mengadakan beberapa majlis perjumpaan antara ahli, menganjurkan majlis berbuka puasa, majlis rumah terbuka, hari keluarga, Mesyuarat Agong Tahunan, sambutan kemerdekaan, sambutan tahun baru, menyertai beberapa autoshow, interTT dengan beberapa kelab kereta yang lain dan beberapa lagi program berbentuk kemasyarakatan.
No comments:
Post a Comment